top of page

Keperluan Kediaman dan Kepentingan Kewangan: Why Can't You Afford a Home?

Writer: Sofiya Tamizi

Februari, 2026


Ryan-Collins dalam bukunya yang berjudul Why Can’t You Afford A Home ada menyebut bahawa asas untuk memahami harga rumah adalah dengan memahami hubungan/kaitan antara rumah dan tanah, ‘mortgage finance’ dan juga pelaburan global.


Secara dasarnya, sebab utama yang mendorong kepada pembelian rumah bagi kebanyakan individu biasanya disebabkan oleh dua perkara; (1) membeli rumah sebagai utiliti asas untuk didiami serta menjadikan rumah sebagai ’consumption good’, atau (2) untuk dijadikan sebagai aset kewangan (financial asset), simpanan nilai dan tujuan pelaburan.


Antara naratif yang diketengahkan di ruangan awam apabila masyarakat mempersoalkan mengenai ketidakmampuan memiliki rumah biasanya menjurus kepada faktor penawaran rumah (supply) yang terhad atau permintaan (demand) spekulatif yang berlebihan. Namun realitinya, walaupun kedua-dua sektor awam dan swasta membina dan menyediakan lebih banyak perumahan, krisis rumah mampu milik tetap juga berterusan. So, supply and demand alone isn’t the full answer to housing ownership and unaffordability.


Ryan-Collins dalam bukunya juga ada menyebut bahawa sejak awal tahun 2000an, nisbah antara harga rumah dan kadar pendapatan (ratio of house prices to incomes) telah meningkat dengan ketara di kebanyakan negara maju dan antaranya yang disebut sebagai negara Anglo-Saxon (UK, USA, Kanada, New Zealand, Australia). ‘Housing emergency’ juga adalah realiti sebenar yang berlaku di negara-negara lain.


Selain itu, apabila kita bercakap soal ‘housing affordability’, ia turut disebabkan oleh sistem pinjaman bank yang terlalu agresif, selain daripada struktur pembiayaan kewangan yang sebenarnya menyebabkan lonjakan harga rumah ke tahap yang tidak mampu atau sukar untuk dimiliki.


Menurut kefahaman daripada pembacaan ini juga; Ryan-Collins ada menyatakan secara jelas bahawa faktor kenaikan harga rumah bukanlah disebabkan oleh peningkatan populasi penduduk atau tanah terhad sahaja, tetapi juga didorong oleh sistem kredit bank dan polisi perumahan moden yang cenderung menjadikan pemilikan rumah sebagai aset pelaburan (profit-based) berbanding rumah sebagai keperluan kediaman asas.


Jika tidak mampu untuk membeli rumah, maka apa lagi pilihan yang ada selain daripada menyewa. Justeru itulah selain daripada aspek pembelian rumah, rental housing is also stepping up as an important part of the housing industry.


Mungkin kenaikan harga rumah tidaklah begitu membebankan jika kadar sewa lebih stabil. Realiti semasa menunjukkan kos untuk menyewa pun boleh dikatakan almost take up a huge percentage daripada jumlah pendapatan isi rumah atau individu. Belum lagi soal ketidakpadanan gaji dan harga rumah yang menjadi cabaran besar menyimpan deposit rumah (untuk menyewa atau membeli), terutamanya bagi graduan atau individu di peringkat awal kerjaya.


Contoh ini boleh dilihat di United Kingdom (UK), apabila UK dinyatakan mula menjadi ‘a majority renting city’. Pada tahun 2016, penyewa terpaksa membelanjakan sekitar 36% daripada pendapatan mereka, berbanding hanya 10% pada era 1960an hingga 1970an.


Sementara di Jerman, Austria dan Switzerland, kadar pemilikan rumah berada di bawah 60%; sekaligus menunjukkan tidak semua negara melaksanakan dasar untuk meningkatkan pemilikan rumah persendirian dan pinjaman perumahan. Mereka ada piawaian sewa yang stabil dan sistem perlindungan antara pemilik-penyewa. For some people, renting can be a better option under financial liberalization.


Ironinya juga, kos perumahan yang semakin meningkat turut membuka ruang kepada jurang demografi dalam masyarakat. The social, economic and political consequences of this housing affordability crisis are becoming more obvious.


Misalnya, di sesetengah kawasan, ada keluarga atau individu terpaksa meninggalkan kediaman yang sudah mereka duduki bertahun-tahun lamanya akibat tidak lagi mampu untuk melunaskan bayaran kos tertentu, and this is somehow affecting the social fabric of the communities.


Dalam dunia capitalism-driven hari ini, sektor perumahan menjadi hak sosial dan keperluan mustahak yang ‘diprejudiskan’ oleh sistem kewangan yang semakin mengikat dan terlalu ‘obses’ dengan hartanah.


On the other side of the coin; increasing the minimum wage or social security spending would be a far more efficient way of boosting consumption than pumping up house prices. Ryan-Collins menyimpulkan bahawa beberapa kaedah untuk memperbaiki ‘housing-finance cycle’ ini adalah dengan melihat kepada tiga perkara utama; (1) perubahan dan penggunaan/pemilikan tanah, (2) reformasi cukai, serta (3) liberalisasi kewangan.


And the key of everything is to find ways without triggering the economic and financial havoc.


Penulis: Sofiya Tamizi (Penyelidik, LUBNA)


Intellectual Discourse

LUBNA RESEARCH CENTER

(003594486-M)

FIND US ON:

  • Instagram
  • X
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Threads
  • WhatsApp

CONTACT US:

Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

+6019 9050 391

Subscribe to Our Newsletter

Thank you for subscribing!

© 2026. ALL RIGHTS RESERVED. LUBNA RESEARCH CENTER | MALAYSIA

bottom of page