PRN Johor: Analisis Empirikal Terhadap Pola Pengundian dan Perubahan Sokongan
Researcher: Alif Fahmi Zahari
Julai, 2026
(Untuk memuat turun kertas penuh, versi PDF terdapat di bahagian bawah)

Ringkasan Eksekutif
Analisis ini meneliti keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 dengan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan dominasi Barisan Nasional (BN) serta perubahan corak persaingan politik di Johor. Kajian mendapati bahawa kejayaan BN bukan semata-mata berpunca daripada kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), tetapi turut dipengaruhi oleh peralihan sokongan daripada parti lain, perubahan komposisi pengundi baharu, khususnya pengundi muda serta keupayaan membina sokongan merentas kaum.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina tidak semestinya menjamin kemenangan PH. Sebaliknya, keseimbangan komposisi etnik, pola pemindahan undi dan struktur pertandingan memainkan peranan yang lebih signifikan dalam menentukan keputusan pilihan raya. Analisis ini dihasilkan berasaskan data kuantitatif bagi memberikan perspektif empirikal terhadap perubahan landskap politik Johor.
Bagaimanakah BN berjaya mengukuhkan dominasi dalam PRU Dewan Negeri Johor Ke-16?
Kertas analisis ini membincangkan dapatan berasaskan data kuantitatif mengenai:
Penolakan undi Cina tidak signifikan kepada DAP
Penyusutan undi PN memberi kelebihan strategik kepada BN
Pertandingan dua penjuru mengukuhkan dominasi BN terhadap PH
Adakah kawasan komposisi pengundi Cina yang tinggi menguntungkan PH?
Analisis ini juga menawarkan perspektif empirikal terhadap perubahan landskap politik Johor serta mencabar beberapa andaian lazim mengenai tingkah laku pengundi.
Penyelidik: Alif Fahmi Zahari (Penyelidik, LUBNA)
(Versi penuh PDF boleh di dapati di sini):
Politics
.jpg)